Sunday, December 22, 2024
Google search engine
HomeInfo Semasa𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗘𝗠𝗨𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗘𝗦𝗜𝗗𝗘𝗡 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗦𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗦𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞

𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗘𝗠𝗨𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗘𝗦𝗜𝗗𝗘𝗡 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗦𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗦𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah telah mengadakan satu sesi pertemuan bersama barisan Ahli Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak pada hari ini (19 November 2024) bertempat di pejabat ANGKASA Negeri Perak, Ipoh.
 
Beliau yang hadir bersama Anggota Lembaga ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dan Penasihat Korporat ANGKASA (Sektor Kerajaan), Datuk Ahmad Jamil Hashim telah disambut oleh barisan Ahli Jawatankuasa yang diketuai Pengerusinya, Tuan Haji Mohamed Shafie Abd Karim.
 
Satu sesi pembentangan mengenai aktiviti perniagaan dan tadbir urus ANGKASA Negeri Perak telah dibentangkan termasuk rancangan ekonomi jangka panjang bersama koperasi anggota yang terlibat seperti projek penanaman koko dan melon.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah juga berkesempatan memberikan pandangan dan saranan mengenai langkah-langkah yang perlu diambil oleh ANGKASA Negeri Perak dalam usaha untuk mencapai sasaran yang ditetapkan khususnya Program Jualan Rahmah Madani ANGKASA (PJRMA).
 
Majlis turut diserikan dengan sesi penyerahan simbolik e-direktori ANGKASA Negeri Perak oleh Tuan Haji Mohamed Shafie kepada Datuk Seri Dr. Abdul Fattah.
Sebagai rekod, data Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sehingga 31 Disember 2023 telah merekodkan pendaftaran koperasi di negeri Perak sebanyak 1,734 buah. Daripada jumlah tersebut, koperasi yang berdaftar dengan ANGKASA adalah sebanyak 1,394 dan 90% daripadanya berstatus aktif.
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments