Sunday, December 22, 2024
Google search engine
HomeCoop Malaysia Update𝗞𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗞𝗔𝗥𝗜𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗦𝗝𝗜𝗗 𝗕𝗘𝗥𝗣𝗢𝗧𝗘𝗡𝗦𝗜 𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗣𝗨𝗦𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗠𝗣𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗠𝗜𝗡𝗬𝗔𝗞 𝗠𝗔𝗦𝗔𝗞 𝗧𝗘𝗥𝗣𝗔𝗞𝗔𝗜

𝗞𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗞𝗔𝗥𝗜𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗦𝗝𝗜𝗗 𝗕𝗘𝗥𝗣𝗢𝗧𝗘𝗡𝗦𝗜 𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗣𝗨𝗦𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗠𝗣𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗠𝗜𝗡𝗬𝗔𝗞 𝗠𝗔𝗦𝗔𝗞 𝗧𝗘𝗥𝗣𝗔𝗞𝗔𝗜

ANGKASA mencadangkan agar koperasi kariah masjid di seluruh negara menjadi pusat pengumpulan minyak masak terpakai sebagai salah satu aktiviti ekonominya.
Usaha tersebut juga dapat menjadi sebahagian daripada langkah untuk menggalakkan komuniti setempat bersama-sama membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Demikian antara inti pati ucapan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika berucap dalam majlis penutupan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-7 Koperasi Kariah Masjid Putra Nilai Berhad (KOMAS PUTRA) hari ini (17 November 2024) di Nilai, Negeri Sembilan.
 
Katanya, selaras dengan peranannya sebagai koperasi komuniti, koperasi kariah masjid boleh menjadi satu platform yang sesuai untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar.
 
“Inisiatif seperti pengumpulan minyak masak terpakai juga dapat memberikan pemahaman serta kesedaran kepada masyarakat untuk memahami konsep ekonomi kitar semula dan kesannya dalam mengurangkan pelepasan karbon.
Langkah ini bukan sahaja menyumbang kepada kelestarian alam sekitar, tetapi juga membantu mengurangkan jejak karbon melalui pemprosesan sisa yang lebih efisien, sekali gus mendorong perubahan sikap terhadap penggunaan sumber secara bertanggungjawab,” katanya.
 
Dalam majlis yang sama, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara KOMAS PUTRA dengan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Desa Jati. dan penjualan produk inovasi daripada minyak masak terpakai seperti sabun pencuci serba guna, cecair pencuci pinggan dan lilin wangi yang dihasilkan oleh KRT itu.
 
Terdahulu, Pengerusi KOMAS PUTRA, Imam Andi Mohamad Zulfauzan Muhamad dalam ucapannya berkata, pihaknya aktif mendidik penduduk setempat mengenai kepentingan amalan kitar semula dan kelestarian alam sekitar.
SWM Environment Sdn. Bhd. yang membuka peluang kepada pelbagai aktiviti bermanfaat. bertujuan untuk menggalakkan penglibatan aktif komuniti setempat dalam program kitar semula.
 
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah turut mengadakan lawatan ke Tapak Projek Ekonomi KRT Taman Desa Jati yang memfokuskan terhadap inovasi kitar semula minyak masak terpakai.
Madya Dr. Saliza Mohd Elias dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
 
KRT Taman Desa Jati memulakan projek tersebut bermula Mei 2022 dan merupakan satu-satunya KRT yang menghasilkan sabun menggunakan minyak masak terpakai.
Hadir sama ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Sembilan, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah, Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim, Ketua Eksekutif Masjid merangkap Imam 1 Masjid Dato’ Klana Petra, Imam Haji Mohd Yusof Abdul Rahman, Pengerusi Badan Khairat Kematian Kariah Masjid Putra Nilai, Encik Mohamad Amiruddin Abu Bakar dan Pegawai Latihan Institut Koperasi Malaysia, Encik Muhammad Shafiq Mohd. Noor.
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments